"If I wait for perfection, I would never write a word" - Margaret Atwood

Wednesday, 25 June 2014

Ramadhanku

Salam..


Ok, lagi beberapa hari nak puasa kan? Macam mana dengan persediaan? Hmm.. Sepatutnya sekarang dah fully prepared la kan untuk melangkah ke bulan Ramadhan. Tak nak la bila masuk bulan puasa baru kita terkejar-kejar untuk beribadah. Memang tak salah tapi potensi untuk istiqamah tu mungkin kurang berbanding kalau kita dah melakukan persediaan sejak awal lagi. Contohnya dari sekarang lagi kita dah konsisten baca quran tiap-tiap hari, baca mathurat tiap pagi dan petang, buat solat dhuha etc. Once kita dah ada momentum tu, in syaa Allah perjalanan amal ibadah pada bulan puasa akan smooth je.

Teringat kata seorang sahabat sewaktu usrah, untuk kita mendapatkan yang terbaik pada bulan Ramadhan anggaplah bahawa Ramadhan kita kali ini adalah Ramadhan yang terakhir. Pasti kita akan berusaha untuk beribadah dengan sepenuh hati sebab satu amalan sunat di bulan Ramadhan diangkat pahalanya bersamaan dengan satu amalan wajib, manakala satu amalan wajib digandakan sebanyak 70 pahala. Rugilah siapa yang tak nak memanfaatkan bulan Ramadhan ni.

Inilah juga hikmah kenapa perintah untuk berpuasa Allah turunkan untuk umat nabi Muhammad. Sebab jangka hayat kita pendek jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu. Nabi Adam hidup selama 1000 tahun, nabi Nuh pula 930 tahun. Nampak tak macam mana adilnya Allah? Walaupun jangka hayat kita pendek untuk melakukan ibadat dan taubat, tapi Allah memberi hadiah bulan Ramadhan sebagai bulan untuk mengumpul pahala. Cuma kadang-kadang kita ni walaupun dah tahu masa yang ada itu pendek, masih lagi hanyut dengan angan-angan dunia. Keindahan di dunia ada kalanya mebutakan mata dan hati bahawa di akhirat sana jauh lagi indah.

Saya menulis kerana ingin memuhasabah diri sendiri juga yang kadang terlalai. Walaupun jahiliyyah itu telah ku usaha untuk kikis, ada masanya juga ia datang memujuk kembali dan lagi teruk diri ini turut terpujuk. Jadi sekarang kita kenalah usaha didik nafsu sebab bukan syaitan sahaja yang mendorong kita melakukan maksiat, tapi ia sebenarnya turut berpunca dari hati yang lemah.

Kata Imam al-Ghazali:

Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. Tetapi jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui jua, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

Sukatlah di mana tahap keimanan kita kala ini supaya kita dapat menjejaki bulan Ramadhan dengan hati yang bersih dan suci.


Till then, Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment