"If I wait for perfection, I would never write a word" - Margaret Atwood

Wednesday, 30 April 2014

Resipi Singgang Daging Kelantan

Salam..

Kalau dah namanya orang kelantan mesti la tekak pun selera kelantan dok. Rasanya baru je call ummi tempoh hari cakap nak belajar buat singgang bila balik Malaysia nanti. Pastu terjumpa la resipi singgang dari blog Kak Baini, salah seorang postgrad di Bradford jugak. Thanks Kak Baini for the recipe :)

Orang kelantan selalunya sinonim dengan makanan manis kan. Dulu rasanya saya tak berapa suka benda-benda manis tapi semenjak datang UK ni selalu teringin nak makan benda manis. Pernah sekali saya jadi Ketua Dapur untuk satu program ni dan satu hari tu saya masak nasi ayam, then ada la seorang akak ni cakap, rasa makanan je dah tau mesti tukang masaknya orang Kelantan. Sebab apa? Sebab sambal merah dan sambal kicapnya pun dah manis. Heheh.. Dah namanya pun orang Kelantan..

Kalau nak buat kek pulak saya selalu jenguk resipi dari BBC. Setakat ni resipinya selalu menjadi lah. Resipi mat-mat salleh ni selalunya simple aje. Pastu ada jugak kawan saya kongsikan tips kalau nak ambik resipi dari orang local kat sini, yang paling boleh percaya bila dorang cakap resipinya adalah resipi turun-temurun sejak dari zaman nenek moyang lagi. Yang tu confirm menjadi! 

Tapi entri kali ni saya nak kongsi resipi singgang daging yang sudah sekian lama mengidam.




Bahan-bahan:
1/2 kg daging (kat sini saya guna daging kambing)
1 inchi lengkuas (diketuk -lebihkan pun takpe kalau suka)
2 sudu besar ketumbar (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 keping asam gelugur
2 biji lada kering (potong sesuka hati)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Rebuslah hingga daging empuk. Perasakan garam. Siap untuk dihidang bersama nasi panas. Lagi sedap kalau dimakan bersama budu + sambal tempoyak

Sekarang ni tengah study week. Biasanya kitorang berlima take turn untuk masak tapi memandangkan dah nak exam, dapur jarang sangat berasap. Maka undang-undang baru dikeluarkan which is, 'siapa malas dia lapar'. Haha.. Kalau masak nasik putih dengan telur goreng tu dah dikira tahap paling rajin pada saat ni. Kihkih

Assalamualaikum..

Monday, 14 April 2014

Konsert Amal Syria

Salam..

Yesterday I went to Konsert Amal Syria with Ummi while the others went to Daurah Baitul Muslim. So why did I choose KAS out of them two? Sebab ada UNIC! Hehe takdelah.. I think I have heard a lot of marriage stuff each time I went to any events though they were not adequate enough. Bukan salah penceramah tapi salah saya yang masih menganggap ianya bukan prioriti. Masih belum nampak lagi cahaya nak kawin dalam masa terdekat ni. Kiki..

Anyway, though it's called a concert, the main purpose is they want to create awareness of how the people in Syria live as well as giving the audiences a chance to donate. Kata saudara sesama Islam kan? Maka ringan-ringankan lah tangan untuk meghulur. Harta dan wang yang kita ada sekarang bukanlah hak milik kita sepenuhnya, sebaliknya apa yang kita hulurkan kepada orang lain adalah kepunyaan kita. Think of it as a way to purify our properties and don't forget to include them in our du'as too. Doa itu kan senjata setiap mukmin :)

Paling tersentuh apabila Heliza menceritakan pengalamannya sewaktu di Gaza. Kisah ini diceritakan oleh saudara perempuan kepada seorang mujahid yang baru berusia 17 tahun (kalau tak silap) dan telah pun syahid kerana beliau ingin membalas dendam kepada zionis selepas melihat rakan-rakannya dibunuh oleh mereka. Dan bila ditanya apakah persediaan abangnya untuk menghadapi syahid, adiknya menjawab abangnya telah menghafaz al-Quran dan mendirikan solat pada setiap malam. Allahu. Begitu besar semangat mereka yang ingin berjuang di jalan Allah. Selepas abangnya syahid, adiknya bermimpi abangnya datang memberitahu bahawa dia sekarang sedang berbahagia di syurga Allah.

Lantas waktu tu terlintas di hati, bagaimana pula dengan persediaan aku untuk menghadapi mati? Entah-entah hati tidak bergetar pun bila mengingati mati. Mintak dijauhkan. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam kemanisan iman. In syaa Allah..

Apart from UNIC, they also brought Ustz. Syed Abd Kadir, Heliza Helmi and Salima Habibi. We stayed a night in Manchester after the event. Kebetulan rumah yang kami tumpang tu ada Kak Heliza dengan Kak Salima sekali. Sempat la berkenal-kenalan sikit tapi tak sempat bergambar pulak. Hehe. Heliza ni cantik sangat orangnya. Muka flawless sangat.


That night we had a late dinner at this restaurant which I can't remember what the name is. Since everyone was starving to death, I think the portion wasn't enough for me. =_= . After finishing the dinner, we then hit Moonlight and I bought myself two cups of milkshake.

As a consequent, I have successfully gained 3kg lately and the only part which obviously prove it is definitely my cheeks. ommo

The other problem of me or maybe the other housemates as well is whenever we are out from Bradford going to other cities, we'll get delighted seeing the shopping complexes even just the Primark. Al maklumlah Bradford punya city kecik aje. Huhu..

Dan semestinyalah saya akan pulang dengan sesuatu di tangan. :D

Tadaaa..It's only 12 pound!

That's all for now. Assalamualaikum..



Saturday, 12 April 2014

The End

Salam..

It's 11/4/2014 today.. remarking the end of my second year *but still the exam is on its way

The last bit of which has literally cut my breath down. Having to cram the practical assessments altogether in the last week had never put my mind at rest. Waking up the next morning accompanied by the same adrenaline rush of about to be assessed again. And today is a great relief knowing everything has been settled down. Alhamdulillah..

But before that, I had actually failed one of my practical assessments. Yes I failed. Though it is not accounted in the overall mark for that particular subject, we still need to get it passed as part of the module. So I need to repeat for it and alhamdulillah it turned out well for the second time. I can't remember how I felt when finding out that I did not pass, but one thing for sure I was already prepared for it. Doing my degree has somehow taught me of failure. Dulu time dapat result, kalau mana-mana subjek tak dapat A mesti dah nangis meraung-raung. Haha.. But it's a different case when doing a degree. The grade is still crucial yet beyond that, how far do you think you can perform practically and not doing it just for the sake of exam?

Minda kita orang Malaysia terlalu terikat dengan sistem peperiksaan. Bila nak exam baru nak kalut study dan bila dah habis terus lupa apa yang dah dibaca. Memanglah kalau dilihat dari satu sudut exam ni penting sebagai initiator. Cuba kalau takde exam, berapa ramai yang akan study sebagai aktiviti mengisi masa lapang? Heh..ini statement terkena batang hidung sendiri. =_=

Bila menghadapi saat kegagalan ni, tiba-tiba teringat perkongsian semasa usrah tempoh hari

'...Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir)..'


(Ali-Imran : 140)

Sekali lagi, al-Quran sentiasa menjadi pemujuk hati. Jadi, apa yang nak disedihkan? Apa yang nak dirisaukan? Allah dah nyatakan bahawa hidup kita akan ada naik turun. Di setiap kegagalan itu datang bersama hikmah yang tersembunyi. Kalau kita sentiasa di atas mungkin kita akan leka dan alpa. Maka Allah kirimkan sedikit kesusahan untuk kita kembali ingat kepadaNya. Sememangnya fitrah manusia bila hati sedang bergembira, jarang sekali kita akan ingat kepada Sang Pencipta. Maka ambillah kegagalan itu dari sudut yang positif. Jangan terlalu bersedih kerana sifat sedih yang keterlaluan menandakan kita tidak redha dengan ketentuan Allah.

Mungkin ada juga yang mempersoalkan dia asyik menemui kegagalan walaupun sudah penat berusaha. Allah tahu kita penat. Allah tahu. Jadi haruslah kita bertawakal kepada Allah. Allah suruh kita berusaha tetapi bukan menaruh kepercayaan kepada usaha kita, sebaliknya kita kena percaya bahawa Allah adalah pemberi rezeki. Berjaya atau gagal semuanya adalah ketentuan Allah. Yang penting kita kena usaha sebab Allah akan nilai kita berdasarkan usaha, bukan pada hasilnya. Allah itu kan Maha Adil.

That's actually a reminder to myself since the exam is just within three weeks time. I hate seeing the exam timetable where there is not even a gap between exams. That means I'm going to sit for it on every single day. wuwuwu

That's all for now peeps!

*Dua hari lagi bermulalah kembara mencari cinta. Heheh

Assalamualaikum..

Monday, 7 April 2014

Being Me..

Salam..


'As long as your heart is still shaken when committing sins, there's still iman inside it. There'll always be a chance to improve'

Deep. Too deep. I was sitting next to my senior on our way back to Bradford. Such an inspirational lady she is, full of motivation and experiences. She went to see someone just to say those words but at the same time it touched me as well. She had just delivered it perfectly. Even though those lines are familiar to me, the tone of her voice somehow made me startled.

Every one of us has a willingness to improve. We can't judge others just because they are different from us particularly when we have no idea what kind of hardships they've been through. All we can do is give them support and advice. Agama itu adalah nasihat. Kita saling memperingati sebabnya manusia ni tak akan selamanya teguh berdiri bila bersendirian. Hati manusia ni kan berbolak-balik. Kejap rasa nak berubah sepenuhnya, kejap rasa bahagia dalam keadaan melakukan maksiat. Selagi mana ada perasaan nak berubah tu, cepat-cepatlah lakukannya sebab kita tak tahu bila Allah akan tarik balik perasaan tu. Dan kita tak dapat jamin masih ada lagi tak hari esok untuk kita berubah. Nak berubah itu senang tapi yang susahnya adalah istiqamah. Maka berdampinglah dengan orang-orang yang sama tujuannya dengan kita. Apa tujuan akhir kita? Mestilah untuk mencapai keredhaan Allah untuk menuju ke syurgaNya. Bila masing-masing dah jelas matlamat in syaa Allah kita akan sentiasa berada di landasan yang benar.

This past few days I learnt a lot about myself. Some parts of me which I haven't discovered before. Oftenly I felt inferior when watching others who are far more steps ahead. It makes me wonder, 'Am I born to just be an ordinary person or am I being too indifferent that I couldn't care less of things happening around me? Or maybe I'm just afraid to step forward, afraid of what kind of perception people might throw towards me. And the question goes on and on... 

But you will never know until you try. When I challenged myself to take a responsibility, that was when I found what I've actually got inside. No matter from which position you start with, it's the lessons that matters. As I said everyone is different in their own way. It doesn't mean you have to begin at the same position as others just to be like them. Find your true self, then you will enjoy what you're doing. Barulah perasaan ikhlas tu datang. And you will not see it as a burden to you. 

Apa yang saya fikir sekarang adalah sambal nasik lemak. Dah banyak kali buat tapi tak pernah dapat hasil yang ummphh hinggalah bila saya bekerjasama ngan housemate buat sama-sama, rasa macam sambal nasik lemak kami adalah yang terbaik. Eh? Macam takde kaitan je? Kikiki

That's all for now. Assalamualaikum wbt.