Salam..
Alhamdulillah berakhir sudah RISE 2014 yang membawa tema Until the End of Time ataupun Kronologi Akhir Zaman. Rata-rata bersemangat datang ke program untuk mengetahui kisah-kisah dan tanda-tanda akhir zaman, bagaimana Dajjal muncul dan menyesatkan manusia, adanya Yakjuj dan Makjuj membinasakan bumi juga turunnya Imam Mahdi untuk menyelamatkan seisi alam. Namun, setelah di'brainwash' oleh Ustaz Syaari, kami semua pulang dengan persepsi yang berbeza dari objektif kami yang awal.
Hadis riwayat Mughirah bin Syu'bah r.a, ia berkata:
"Tidak ada seorang yang bertanya kepada nabi saw tentang Dajjal lebih banyak dari apa yang aku tanyakan". Beliau bersabda, "Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu.
Nabi Muhammad saw tidak membentangkan kisah akhir zaman untuk kita ghairah tentang kronologi dan definisinya, sebaliknya kisah-kisah ini diceritakan sebagai motivasi untuk kita mencari bekalan bagi menghadapi fitnah akhir zaman. Apa tujuan kita mempelajari tentang Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj kalau kita tak mampu mengambil iktibar. Dengan bertambahnya ilmu kita tentang fitnah akhir zaman, adakah solat kita semakin khusyuk? Adakah kita semakin berusaha untuk upgrade istighfar kita? Itulah point utama yang ustaz cuba sampaikan, bukannya tertumpu pada kronologi akhir zaman semata-mata.
**************
Kalau RISE tahun sebelumnya aku hadir sebagai AJK dapur, kali ni aku dilantik untuk menjadi facilitator. Pada awalnya aku mendaftar sebagai peserta tetapi dengan perancangan Allah, aku akhirnya bersetuju untuk menggalas tanggungjawab sebagai fasi kerana pihak RISE kekurangan tenaga kerja. Sejujurnya sebelum tiba di tempat program hatiku sudah berdebar-debar. Monolog dalaman tak henti-henti mengasak.
'Dah bersedia ke aku nak menyampaikan ni?'
'Ilmu aku sendiri kurang, ape je yang aku dapat sampaikan dekat ahli-ahli kumpulan?'
Hakikatnya yang mengajar itu akan turut belajar, maka aku serahkan segala urusan kepada Allah.
Kali pertama menjejakkan kaki di Port Talbolt, mata sudah terpaku pada keindahan alam. Di samping berprogram, dapat juga kami mencuci mata melihat alam hijau. Alhamdulillah..
Konklusinya, pengalaman pertama menjadi seorang fasi adalah satu perkara yang tak dapat dilupakan. Aku lebih mengenali apa itu erti memberi. Di saat peserta-peserta pulang ke cabin seawal pukul 10.30 malam untuk tidur, kami para fasi dan AJK lain masih giat bermesyuarat sehingga 2-3 pagi untuk memastikan peserta-peserta mendapat yang terbaik dari program ini. Setiap borang feedback dari peserta kami bacakan satu persatu dan cuba sedayanya untuk memenuhi keperluan mereka.
![]() |
| Masing-masing menahan rasa mengantuk |
Sepanjang program berlangsung, kami terkurung di dalam gua yang terputus hubungan dengan dunia luar kerana di Port Talbolt tiada line ataupun wifi. Kata seorang AJK, 'sometimes we have to be disconnected to get connected'. Ada benarnya. Kadang kita terlalu sibuk 'mengoptimumkan' teknologi sehingga membelakangi silaturrahim sesama manusia.
Hari terakhir merupakan hari yang agak sebak, mengenangkan kali ini mungkin adalah RISEku yang terakhir. Ditambah pula hendak berpisah dengan ahli-ahli kumpulan. Walaupun dalam tempoh 4 hari yang singkat kami berukhuwwah, tetapi bila dua hati bertemu dan berpisah kerana Allah, ikatan yang terjalin dirasakan bagai erat.
Di slot terakhir juga, setiap dari kami diberikan amanah untuk dilaksanakan. Dapatnya ilmu harus disertakan dengan tindakan kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.
![]() |
| Slot bergambar bersama ustaz |
Till then, Assalamualaikum..





salam sys study optometri under mara km ?
ReplyDeleteWaalaikumsalam wbt..yup under mara. Nape? :)
Delete