"If I wait for perfection, I would never write a word" - Margaret Atwood

Sunday, 1 June 2014

Course Optometry di UK Part 1

Salam..

       Mesti ramai yang tertanya-tanya kan apa sebenarnya course optometri ni. Saya faham sebab saya pun dulu macam tu since kat Malaysia sendiri pun optometry is not yet a well established course. Kalau sebut optometry orang mesti tanya, 'Dah habis belajar nanti kerja kat kedai spek la eh?'. Kadang bila dah terlalu banyak diajukan soalan macam ni saya akhirnya hanya mampu tersenyum saja. Haha..

Ketahuilah abang-abang dan kakak-kakak sekalian, optometri sebenarnya lebih daripada itu. Mari kita belajar serba-sedikit tentang course ni. Secara generalnya, optometri merupakan salah satu bidang perubatan dan kesihatan. Ianya juga merupakan bidang professional sama seperti bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi yang mungkin lebih biasa didengar. Tak dinafikan bidang ni memang berkait rapat dengan masalah rabun dan penghasilan cermin mata, tapi terdapat lagi beberapa bidang pengkhususan lain dalam optometri. Contohnya:
  • Kanta lekap (Contact Lens)
  • Tahap Penglihatan Rendah (Low Vision)
  • Optometri Kanak-Kanak (Pediatric Optometry)
  • Penglihatan Binokular (Binocular Vision)
  • Penglihatan Bewarna (Colour Vision)
  • Penyakit Mata (Ocular Disease)
  • Penglihatan untuk Sukan (Sports Vision)
  • Neurologi dan Sains Penglihatan (Neurology and Visual Science)

Haa..banyak kan. Bukan sekadar check power mata je. Kalau kat UK, orang-orangnya sangat mementingkan penjagaan mata seawal bayi itu dilahirkan. Bila kanak-kanak ni dah masuk tadika, mereka akan ada screening test di setiap sekolah. Kenapa? Sebab kanak-kanak berisiko untuk mendapat amblyopia ataupun dikenali juga sebagai lazy eye, iaitu keadaan di mana mata malas untuk bekerja dan otak kita tidak akan memproses signal yang dibawa oleh mata tersebut. Lazy eye dapat dicegah sekiranya kanak-kanak diberikan rawatan awal sebelum berlaku proses adaptasi. Banyak lagi penyakit mata yang wujud sejak bayi dilahirkan sehinggalah ke tahap kanak-kanak dan ini adalah tugas optometrist untuk mengenal pasti masalah-masalah dalam sistem penglihatan.

Ok, meh nak cerita macam mana perjalanan saya sebelum sampai ke UK. After dah tamat SPM, saya apply untuk scholarship MARA dan alhamdulillah diterima. Pastu MARA hantar untuk buat preparation di Management and Science University (MSU) selama setahun. Memang untuk course optometri preparation hanya dibuat di MSU. Masa ni dapat elaun RM480 sebulan tak termasuk penginapan dan pengangkutan. Cukup la untuk sara makan minum korang kecuali kalau korang selera besar nak makan kat hotel tiap-tiap hari. Heheh..

Masa buat preparation ni ujiannya takdelah sehebat SPM tapi korang still kena dapatkan CGPA 3.8 and above untuk lepas. Then barulah boleh fly ke UK. Setakat yang saya tahu, universiti kat UK yang tawarkan course optometri ialah:
  • University of Manchester
  • Cardiff University
  • University of Bradford
  • University of Ulster
  • Anglia Ruskin University
  • Aston University
  • Plymouth University
  • City University London
  • Glasgow University

Setakat ni, Mara baru hantar students ke Cardiff dan Bradford dan batch saya adalah batch yang ketiga. Sebenarnya korang boleh pilih university mana yang korang nak masa isi Ucast. Semua ni korang akan buat masa di kolej persediaan. Elaun pulak adalah sebanyak GBP880 yang mana kalau convert lebih kurang RM4400 sebulan. Tak dinafikan elaun sangat melebihi keperluan tapi kena selalu ingat niat sebenar kita ke sini. Semoga nikmat yang diberikan lebih mendekatkan kita ke jalan Allah, bukannya lagi membuatkan kita jauh dari rahmatNya.

Entri ini saya khususkan bagaimana course optometry di UK sahaja sebab saya sendiri kurang arif tentang course ini di Malaysia. Course optometri di UK adalah selama 3 tahun, kecuali jika korang nak buat pre-registration maka ianya akan dilanjutkan selama 4 tahun. Pre-registration ni sama macam praktikal yang mana korang wajib buat kalau nak bekerja kat UK. But if you guys wanna go back and work in Malaysia, then it is optional. 

Subjek-subjek yang dipelajari pula berlainan mengikut universiti. Kalau di Bradford, first year tertumpu pada pengenalan kepada optometri dan alatan yang digunakan. Masa first year agak free sampai kadang-kadang terdetik kat hati, 'aku sekarang ni tengah buat degree ke?' Hehe.. Tapi bergantung kat universiti tu jugak sebenarnya. Based on my seniors di Cardiff, dorang agak busy sebab banyak report kena buat. Setiap universiti tu ada la pros and cons dia kan. Tapi tak menjadi masalah asalkan semangat kita kena kuat. Antara subjek-subjek masa first year termasuklah:
  • Clinical Optometry 1
  • Human Body in Health and Disease
  • Optometric Mathematics
  • Physiology of Vision and Perception
  • Pure and Visual Optic
  • Ocular Anatomy and Physiology

Masa first year ni syaratnya hanya kena pass semua subject untuk proceed ke second year. Markahnya tak diambil kira untuk overall percentage yang menetukan level degree korang nanti. The core subject during the first year is Clinical Optometry since it is closely related to the real environment once you become a real optometrist. Masa ni korang kena familiarize diri untuk guna ophthalmoscope and retinoscope.

Ophthalmoscopy

Ophthalmoscopy ni dibuat untuk check penyakit-penyakit dalam mata. Masa first time buat memang agak struggle. Jarak kita dengan patient pun memang kena sangat dekat masa buat ophthalmoscopy ni.

retinoscopy

Yang ni pulak retinoscopy untuk check power mata. Obviously it is far more comfortable than performing the ophthalmoscopy and a bit easier. Subjek yang paling memeningkan adalah Physiology of Vision and Perception. Korang akan belajar macam mana otak proses apa yang mata lihat. Pastu dalam exam kena karang essay pulak tu. Huhu..

To be continued..





3 comments:

  1. I really liked your blog and share it with friends.

    The Nashville Eye Doctor serves with the best eye care services in Middle Tennessee. The optometrists working here are experts of vision therapy, possess advanced tools for eye examinations, and recommend you the eye product that best fits you.

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya nak tanya, macam mana nak mohon pinjaman mara ya sebab saya try google tapi tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..

      Saya dulu apply dgn result spm. Usually mara akan buka application within a week after spm result keluar. Yg ni under program pelajar cemerlang.

      Boleh jugak apply utk pinjaman mara utk buat diploma/degree di institut pengajian mara (ipma) macam unikl, gmi etc. Boleh tengok list uni kat website mara. Yg ni kena follow up dgn uni tu sendiri bila mara buka application.

      Utk program postgraduate (master/phd), mara akan bukak application once a year biasanya around march-april. Kena sentiasa alert. Program tu namanya grep.

      Delete