"If I wait for perfection, I would never write a word" - Margaret Atwood

Thursday, 25 December 2014

RISE 3.0

Salam..


Alhamdulillah berakhir sudah RISE 2014 yang membawa tema Until the End of Time ataupun Kronologi Akhir Zaman. Rata-rata bersemangat datang ke program untuk mengetahui kisah-kisah dan tanda-tanda akhir zaman, bagaimana Dajjal muncul dan menyesatkan manusia, adanya Yakjuj dan Makjuj membinasakan bumi juga turunnya Imam Mahdi untuk menyelamatkan seisi alam. Namun, setelah di'brainwash' oleh Ustaz Syaari, kami semua pulang dengan persepsi yang berbeza dari objektif kami yang awal.

Hadis riwayat Mughirah bin Syu'bah r.a, ia berkata:
"Tidak ada seorang yang bertanya kepada nabi saw tentang Dajjal lebih banyak dari apa yang aku tanyakan". Beliau bersabda, "Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu.

Nabi Muhammad saw tidak membentangkan kisah akhir zaman untuk kita ghairah tentang kronologi dan definisinya, sebaliknya kisah-kisah ini diceritakan sebagai motivasi untuk kita mencari bekalan bagi menghadapi fitnah akhir zaman. Apa tujuan kita mempelajari tentang Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj kalau kita tak mampu mengambil iktibar. Dengan bertambahnya ilmu kita tentang fitnah akhir zaman, adakah solat kita semakin khusyuk? Adakah kita semakin berusaha untuk upgrade istighfar kita? Itulah point utama yang ustaz cuba sampaikan, bukannya tertumpu pada kronologi akhir zaman semata-mata.

**************

Kalau RISE tahun sebelumnya aku hadir sebagai AJK dapur, kali ni aku dilantik untuk menjadi facilitator. Pada awalnya aku mendaftar sebagai peserta tetapi dengan perancangan Allah, aku akhirnya bersetuju untuk menggalas tanggungjawab sebagai fasi kerana pihak RISE kekurangan tenaga kerja. Sejujurnya sebelum tiba di tempat program hatiku sudah berdebar-debar. Monolog dalaman tak henti-henti mengasak.

'Dah bersedia ke aku nak menyampaikan ni?'
'Ilmu aku sendiri kurang, ape je yang aku dapat sampaikan dekat ahli-ahli kumpulan?'

Hakikatnya yang mengajar itu akan turut belajar, maka aku serahkan segala urusan kepada Allah. 

Kali pertama menjejakkan kaki di Port Talbolt, mata sudah terpaku pada keindahan alam. Di samping berprogram, dapat juga kami mencuci mata melihat alam hijau. Alhamdulillah..

Konklusinya, pengalaman pertama menjadi seorang fasi adalah satu perkara yang tak dapat dilupakan. Aku lebih mengenali apa itu erti memberi. Di saat peserta-peserta pulang ke cabin seawal pukul 10.30 malam untuk tidur, kami para fasi dan AJK lain masih giat bermesyuarat sehingga 2-3 pagi untuk memastikan peserta-peserta mendapat yang terbaik dari program ini. Setiap borang feedback dari peserta kami bacakan satu persatu dan cuba sedayanya untuk memenuhi keperluan mereka.

Masing-masing menahan rasa mengantuk
Sepanjang program berlangsung, kami terkurung di dalam gua yang terputus hubungan dengan dunia luar kerana di Port Talbolt tiada line ataupun wifi. Kata seorang AJK, 'sometimes we have to be disconnected to get connected'. Ada benarnya. Kadang kita terlalu sibuk 'mengoptimumkan' teknologi sehingga membelakangi silaturrahim sesama manusia.

Hari terakhir merupakan hari yang agak sebak, mengenangkan kali ini mungkin adalah RISEku yang terakhir. Ditambah pula hendak berpisah dengan ahli-ahli kumpulan. Walaupun dalam tempoh 4 hari yang singkat kami berukhuwwah, tetapi bila dua hati bertemu dan berpisah kerana Allah, ikatan yang terjalin dirasakan bagai erat.

Di slot terakhir juga, setiap dari kami diberikan amanah untuk dilaksanakan. Dapatnya ilmu harus disertakan dengan tindakan kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.

Slot bergambar bersama ustaz

Till then, Assalamualaikum..

Switzerland 2014

Salam..

Finally I'd be able to click on that 'new post' button to write something. Hehe.. I'm now having my winter break before the exam starts on this 6th January. To make it short, me and my other two housemates went to Switzerland for 5 days via ryan air and easy jet. The return ticket cost us around gbp50. We had also purchased the swiss pass prior to our trip for free train and buses and to get a discount for the entry at most places of interest.

Day 1
After checking in at ibis hotel in Zurich, we directly headed to Winterthur where the Rheinfall is located at. With the pass, we only need to pay 5 franc per person for a very stunning view. Subhanallah.. Rheinfall was an absolute beauty. The view wasn't as stunning as viewed by our own eyes as compared to those captured by the gadgets. Secanggih manapun teknologi masih belum mampu menandingi kehebatan pancaindera yang Allah bagi. Bunyi air yang mengalir tu pun sangat menenangkan. Kalau kita perasan banyak ayat di dalam al-Quran yang bila mana Allah menyebut tentang syurga, digambarkan bahawa syurga itu ada sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Kalau sungai di atas muka bumi ini pun dah tersangat cantik, apatah lagi di syurga nanti. Masya Allah..

Top level

There's also a Malaysian restaurant in Zurich we went for our dinner. The owners were so welcoming and friendly. Siap bagi kitorang tapau for free lagi. Alhamdulillah rezeki Allah. Don't be surprised with the price because the living cost in Swiss is definitely quite high. A plate of nasi lemak cost about 24 franc, if converted will sum up to rm100 sepinggan. But as usual, the craving made it worth the money.

Satay and spring rolls. Kuah kacang serius sedap sebab manis. Ahaha..Kelantan sangat
Nasi Lemak with Lemongrass Chicken
We planned on goofing around the city after the dinner but I requested to go back to our hotel as my head started to give out its usual throbbing pain. Thanks travelmates for your concern. Hehe..


Day 2 & 3
These 2 days we stayed at Katy Mur's Lodge in Interlaken, the cheapest accommodation we could find. The service too, was great with a comfy setting and free breakfast.


The balcony
After settling down, we walked around the nearby city since it's already dark and there were not much things to do. Swiss terkenal dengan jam so sepanjang jalan ada banyak kedai yang jual jam. Not to forget the chocolates as well.

Laderach
The next day, we went up the mountain by cable car and on our way back, the snow fell down heavily.





Day 4

We took a cruise to our next destination, Geneva. It was free of charge with the pass.


As soon as we arrived then only we realized that we should have returned to Interlaken or might as well drop off at Lausenne. That won't cost any franc though, since we got the swiss pass and obviously it is a far better option instead of ended up being stranded in a very isolated part of France, which is Thonon. Not only the language became the barrier, we also did not have any euro to pay for the train ticket but luckily they received payment by debit card. I started to get distracted when my stomach asked for some food while all we had at that moment was only a boiled rice. What even worse was the toilet. I literally had to hold my breath while answering the nature's call. Hewhew..

After taking some time to sit back and reflect on our journey, Ummi asked each of us to point out what lesson have we got along the way so far. That was when our muhasabah session began.

First ibrah : Kewajipan untuk solat. Once we declared ourselves as a muslim, that means we agree to take Islam as our way of life. That includes the way we dressed, behave and performing the Islamic rules. So we shouldn't feel burdened or worried of the strange looks people might throw at us. We had actually missed our train to Annemasse while we were still praying and had to wait for another 3 hours to get there. Tapi redha aje sebab yang penting urusan dengan Allah kena diselesaikan terlebih dahulu walaupun hati dah meronta-ronta nak keluar dari tempat yang bernama Thonon ni. Huhu..

Second ibrah : Yakin dengan perancangan Allah. We had initially made a proper plan on our itinerary. Skiing should be one of our activities while in Interlaken but the service was made unavailable on that day that we only had a chance to ride on a cable car. Though skiing in Swiss might be once in a lifetime experience, when Allah says it's not gonna happened, then it will not be.

Third ibrah : Be grateful. Bila Ummi cakap, 'perasan tak kita ni terlalu berada dalam keadaan senang sampaikan bila toilet kotor dan berbau sikit dah mula merungut?'. Tiba-tiba tersentap. Sebelum ni pung pang pung pang nasihat orang lain untuk bersyukur but when it came to my turn, I failed to do so. Realize it or not, you lose the sense of grateful the moment you started to complain. In a difficult situation, it's hard to see things on a positive side so you tend to whine. But what makes a good muslim different is the way they react towards problems, that is with patience.

Ada hikmahnya juga kenapa Allah sesatkan kami di kampung Thonon ni buat sementara waktu. Rupa-rupanya Allah nak didik hati untuk bersyukur, sabar dan redha dengan perancanganNya. Walau susah sebentar, setidak-tidaknya perjalanan kami terisi dengan ibrah, bukan sekadar merasa keseronokan semata-mata. Alhamdulillah thumma alhamdulillah..

Till then, Assalamualaikum..

Sunday, 17 August 2014

**********

Salam..


Saya rindu untuk menulis tapi asyik tertangguh dek ketandusan idea. Mungkin juga kerana sifat malas yang menguasai diri. Pabila terlalu lama memanjakan diri di rumah, tiada semangat untuk membuat apa-apa. Hanya menanti waktu berlalu dan tup2 saya berada di UK. Heh. Menyampah dengan diri sendiri. Walau sedar waktu muda inilah yang sepatutnya dimanfaatkan untuk berbakti, mengenal dunia dan masyarakat tapi kadang kala datang bisikan halus, 'takpe, anak dara lebih baik duduk kat rumah bantu mak apa yang patut'. Walhal muslimat-muslimat lain sudah jauh terkehadapan. Sibuk memikirkan masalah umat. Sibuk memerah keringat melakukan aktiviti kemasyarakatan. Tapi saya? Masih lagi dalam dilema sama ada untuk keluar ataupun menghabiskan masa dengan keluarga.

Tapi akhir-akhir ini macam dah tak mampu nak menipu diri sendiri. Sifat 'Aku Tidak Pedulisme' itu sebenarnya yang menjadi punca utama. Bukan kerana dikongkong. Bukan kerana sibuk. Jauh sekali keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Tapi saya yang memilih untuk tidak melibatkan diri. Saya akui saya cemburu bila melihat mereka-mereka yang aktif bergerak baik di UK mahupun Malaysia. Dan saya sendiri tidak tahu mengapa saya seakan-akan hilang semangat sebaik saja berada di Malaysia.

Mungkin persekitaran yang mempengaruhi. Kalau di sana ramai yang menjadi tulang belakang. Kalau ditanya apa yang saya rindukan di UK. Jawapannya saya rindukan orang-orang di sana. Saya rindukan bulatan gembira kami. Jiwa terasa kosong sekarang. Hampir dua bulan tidak terisi dan mengisi. Saya pula tidak ada inisiatif untuk mencari dan akhirnya terperangkap dalam lubang yang digali oleh diri sendiri. Menyedihkan. Saya tidak suka bersusah-payah. Kononnya alang-alang bercuti haruslah dinikmati sepenuhnya. Tapi sekarang saya pula yang terbabas. Haish

Wednesday, 25 June 2014

My Passion

Salam..

    Do I really have something that should be considered as my passion? Well I don't have the answer for that. If let say I suddenly fall in love into baking, I will never just stick to that particular hobby. They are never lasting because I easily get bored of doing the same things all over again. Sometimes I love baking, sometimes I enjoy blogging and there are also some other times that I just love lying on the bed. Heheh..

Sekarang ni mood suka baking. There are pros and cons doing the baking things in Malaysia if compared in the UK. Kalau kat UK kos untuk buat bahan-bahan jauh lagi murah tapi kemudahan dari segi peralatan lagi senang di Malaysia sebabnya dekat rumah kitorang kat UK takde oven yang boleh control die punya temperature. Satu lagi kat Malaysia senang nak cari bahan-bahan buat kek yang halal. Kalau kat UK jenuh lah jugak nak kena check ingredients bagai.

So my first experiment was...

Cheesecake meleleh

Luckily I have my younger brother whose passion is baking! Hehe.. So I just let him do the measuring and mixing parts while I gave out the order. Haha.. And he really listened to me well. This was a success.

My second project was red velvet cheesecake brownie. Dengar nama pun dah amazed kan. It started out well until I left it alone to do the facial with my brother. Disebabkan terlalu asyik menyapu masker ke muka masing-masing, maka daku terlupa akan cake di dalam oven itu. And the verdict was my cheesecake brownie turned into a successful failure. Not a failure of the taste, but from it's presentation. You can't tell there's actually a marble layer at the top in which I initially felt proud of how great my swirling skill was.

ugly but edible haha

Nevermind.. I'll give it another try and ensure to keep my eyes at the oven all the time. The recipe is from Laura Vitale. Everyone should try this out since it's simple yet marvellous. Fortunately my family members love desserts that every time I made one, it will finish off just in a day or two. That's how it goes right. When you see others enjoying what you prepared for them, the spirit keeps going on.

My mind is now figuring out what should be the next recipe on the list :D

Till then, Assalamualaikum..



Ramadhanku

Salam..


Ok, lagi beberapa hari nak puasa kan? Macam mana dengan persediaan? Hmm.. Sepatutnya sekarang dah fully prepared la kan untuk melangkah ke bulan Ramadhan. Tak nak la bila masuk bulan puasa baru kita terkejar-kejar untuk beribadah. Memang tak salah tapi potensi untuk istiqamah tu mungkin kurang berbanding kalau kita dah melakukan persediaan sejak awal lagi. Contohnya dari sekarang lagi kita dah konsisten baca quran tiap-tiap hari, baca mathurat tiap pagi dan petang, buat solat dhuha etc. Once kita dah ada momentum tu, in syaa Allah perjalanan amal ibadah pada bulan puasa akan smooth je.

Teringat kata seorang sahabat sewaktu usrah, untuk kita mendapatkan yang terbaik pada bulan Ramadhan anggaplah bahawa Ramadhan kita kali ini adalah Ramadhan yang terakhir. Pasti kita akan berusaha untuk beribadah dengan sepenuh hati sebab satu amalan sunat di bulan Ramadhan diangkat pahalanya bersamaan dengan satu amalan wajib, manakala satu amalan wajib digandakan sebanyak 70 pahala. Rugilah siapa yang tak nak memanfaatkan bulan Ramadhan ni.

Inilah juga hikmah kenapa perintah untuk berpuasa Allah turunkan untuk umat nabi Muhammad. Sebab jangka hayat kita pendek jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu. Nabi Adam hidup selama 1000 tahun, nabi Nuh pula 930 tahun. Nampak tak macam mana adilnya Allah? Walaupun jangka hayat kita pendek untuk melakukan ibadat dan taubat, tapi Allah memberi hadiah bulan Ramadhan sebagai bulan untuk mengumpul pahala. Cuma kadang-kadang kita ni walaupun dah tahu masa yang ada itu pendek, masih lagi hanyut dengan angan-angan dunia. Keindahan di dunia ada kalanya mebutakan mata dan hati bahawa di akhirat sana jauh lagi indah.

Saya menulis kerana ingin memuhasabah diri sendiri juga yang kadang terlalai. Walaupun jahiliyyah itu telah ku usaha untuk kikis, ada masanya juga ia datang memujuk kembali dan lagi teruk diri ini turut terpujuk. Jadi sekarang kita kenalah usaha didik nafsu sebab bukan syaitan sahaja yang mendorong kita melakukan maksiat, tapi ia sebenarnya turut berpunca dari hati yang lemah.

Kata Imam al-Ghazali:

Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. Tetapi jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui jua, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

Sukatlah di mana tahap keimanan kita kala ini supaya kita dapat menjejaki bulan Ramadhan dengan hati yang bersih dan suci.


Till then, Assalamualaikum..

Monday, 9 June 2014

The Last 6 Days

Salam..

Yes.. Another 6 days left to go home. I haven't started with the packing but looking at the stuff I've got so far, I seriously think that I need to cut down the amount of clothes to be brought back. Ni pun bahagian adik-adik belum selesai lagi. =_=



Of course they are not mine but how am I going to fit them all in one luggage? They say things are quickly done when you get them settled at the last minute. That's what I always did and it's proven! Jadi sekarang tak perlu risau lagi. Ekekek..

I went to London last week with the main purpose was to shop at Harrods. I remember the last time I went there last year before going back to Malaysia, my soul was already at home therefore I didn't really enjoy the trip. So this time we went back to some places and fortunately with a better feeling. Hehe..

Big Ben
The best macaroons ever from Laduree
Yesterday was also our last usrah with our naqibah before she moves to Sheffield. She's actually more than just a naqibah to me. We really had a great sisterhood bonding. She was the first person to welcome us when we first arrived in Bradford and it really feels good when you know you have someone who is like a sister to you that you can rely on.

That's why I believe everything happens for a reason. Walaupun pada awalnya ktorang tak prefer untuk ke Bradford tapi sebenarnya banyak sangat hikmah yang satu-persatu saya dapat rungkai bila difikirkan balik. Perjalanan hidup kita Allah dah susun dengan sangat cantik. Memang kita ada perancangan kita sendiri tapi Allah juga ada perancanganNya dan ketahuilah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. So bila ada something terjadi tak seperti yang kita nak, tak perlulah terlalu bersedih. Belajarlah untuk redha sebab pasti ada kebaikan yang menanti di penghujungnya.


Harapanku semoga ukhuwah ini tak akan pernah putus. Sungguh..saya sayang mereka-mereka semua ini. Mereka yang banyak mendorong diri ini untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik. Bersyukur sangat kerana Allah kirimkan mereka semua ni walaupun hanya untuk sementara. *oh sesi luahan perasaan pulak.hihi


Bila cuti panjang ni jarang sangat masak. Kalau masak pun just sebab nak habiskan stok barang kat dapur. Nasib baik la lately banyak sangat jemputan makan-makan. Sekali pergi terus isi perut kenyang-kenyang. Heheh.. tak senonoh betul perangai.

Till then, Assalamualaikum..






Friday, 6 June 2014

Spain 2014 Part 1

Salam..


       I've got so much free time at the moment that I always look up for something to do but unfortunately there aren't much things I'm attracted to. Lazy much? Probably.. So while the spirit of blogging is still at a good state let's get everything in mind written here since that is the exact purpose I'm creating my own blog so that when one day I'm back for good I could look back through the posts I've been written all this while. Believe it or not, another one year left for me then I'm finished. Oh how time really flies...

Back to the main topic, our Spain vacation was actually 5 months back during the winter break. We went there for 5 days. That period is inadequate if you wanna discover every places but since we couldn't stay any longer, we only managed to visit Malaga, Granada, Cordoba and Madrid. All of these places are close to one another. 

We traveled by easyjet, the cheapest airway we could get which was GBP110 for return ticket. Our first stop was in Malaga. There are not many attractions in Malaga except for its beach and the harbour. There's also one halal restaurant near to the beach where we had our lunch before taking a 3 hours journey to Granada by bus. I can't remember how much we paid for the fee but it wasn't too pricey.

the harbour
Along the way to the beach

Wajib bergambar kat sini kalau datang Malaga

The scenery was priceless. Masya Allah.. and the weather was fine as well that we could actually wear a one layered cloth.

We then reached Granada at night and headed straight to the Barbieri Hostel *bukan biri-biri ye that the guys had early booked. It cost us GBP11 per night. Not only it's cheap, but the service was great too. I still remember the thoughtful staff who allowed us to perform our prayer in the living area even after we have already checked out :)

Dining room
Out of all places in Spain, I like Granada the most because of the architecture itself. Though I'm not in an architecture field and never will be, I know how to appreciate things when they have their own uniqueness. Gitu.. Keep scrolling and you'll agree with me. Hehe

We just walked from one place to another. Our main destination was Al Hambra but there were also several buildings along the way that you can stop to take pictures.

Granada Cathedral
We took a walk outside before entering the Generalife. You will need a lot of energy and make sure to have a good breakfast or bring some food along with you because the tour will consume almost half of the day and it's hardly to find a halal restaurant around there.




Below are the pictures inside the Alhambra. I tried to cut down the amount of them but this place itself is too big and there were a lot of amazing parts inside. So enjoy!


Bila masuk part garden ni rasa macam dalam cerita faity tale.







Palace of Carlos V


Berkenalan dengan family dari Mexico
Albayzin

Palace of Nasrid


While you walked around the place, you will find several shops selling souvenirs at a reasonable price. Overall it was a great place to visit. If I were to be given another chance to visit Spain, I would like to be here again. Tehee.. Our tour ended in the evening and again we took a bus afterward to our next destination.

To be continued..






Sunday, 1 June 2014

Course Optometry di UK Part 2

Salam..


          Entri ini adalah sambungan daripada entri lepas. I think we have already covered up everything in the first year. So let's move to our second year. Berbanding dengan first year, second year agak hectic dan subjek-subjek yang dipelajari lagi susah. Dah takde dah zaman main-main time first year dulu. Hehe.. Sebab second year ni perkara akan digabungkan semua sekali dan setiap subjek tu akan berkait dengan subjek yang lain. Kalau tanya seniors memang semua akan cakap second year adalah tahun paling tough. Tapi in syaa Allah boleh aje.

Tahun ni memang akan ada banyak practical dan dalam setiap praktikal supervisors akan perhatikan procedure kita dan mereka akan bagi markah yang mana akan diambil kira untuk peratusan markah subjek tersebut. Memang kecut perut okay setiap kali nak kena assess. Subjek-subjek masa second year termasuklah:
  • Clinical Methodology and Statistics
  • Clinical Optometry and Communication Skills
  • General and Ocular Pharmacology
  • Ophthalmic Lenses and Dispensing
  • Assessment and Management of Binocular Vision
  • Visual and Ocular Assessment
  • Contact Lens Practice 1


Pastu time second sem korang akan masuk eye clinic dan berhadapan dengan real patient. Patientnya semua adalah orang-orang tua sebab biasanya golongan ni yang ada banyak masalah dengan mata. So kita akan diberi banyak pendedahan la masa kat eye clinic ni. Kat sini dorang sangat mementingkan communication skills. Supervisors bukan saja akan assess procedure korang tapi termasuk jugak dengan cara kita berkomunikasi dengan patient.

Semua subjek akan ada practical. Bila dah involve dalam kos ni baru tahu kalau nak pakai contact lens pun kena betul-betul ada prosesnya. Material apa dan size yang macam mana yang sesuai dengan mata kita. Mereka yang ada diabetes and under certain medication memang dilarang untuk pakai contact lens. Bukan boleh main pakai je. Sebab tu pentingnya kita consult optometrist.

Kalau subjek Ophthalmic Lenses and Dispensing lebih kepada cermin mata. Korang akan belajar materials yang digunakan untuk buat spek dan fitting yang sesuai bagi si pemakai. Keselesaan customer memang sangat diutamakan. We don't want our spectacles to keep sliding down right? Ni selalu terjadi kat saya la sebab kebanyakan kedai spek kat Malaysia takde proses mengukur sebelum buat spek. Setakat pilih yang mana berkenan aje.


Instrument yang digunakan untuk check power spek. Saya suka buat benda ni. Hee

Subjek Visual and Ocular Assessment pula memang akan selalu deal dengan patient dan korang akan diperkenalkan dengan pelbagai instrument dan cara-cara nak guna. Contohnya


visual field analyzer untuk diagnose glaucoma
slit lamp untuk check penyakit-penyakit mata

Dan banyak lagilah instrument yang lain. Subjek paling susah bagi saya ialah Assessment and Management of Binocular Vision. Nak faham theory saje dah memeningkan kepala. It is basically about how our two eyes work together and what will happen if this system is interrupted.

Lagi satu optometrist tak boleh perform surgery kat bahagian mata. Surgery semua kerja doktor ataupun secara spesifiknya ophthalmologist. Kalau nak jadi ophthalmologist maka anda kena ambik medic ye. LASIK pun optometrist tak boleh perform. Our role is to monitor the patient before and after surgery.

Susah ke course ni? Bagi saya belajar semuanya susah. I was once on both sides whether to choose optometry or medic but I end up with optometry since at that moment I had a thought that medic might be too heavy for me. And guess what? I later found that optometry is just the same.  =_=

So inilah serba sedikit dapat saya kongsikan tentang course ni. Mungkin Part 3 akan disambung bila saya dah di third year nanti. In syaa Allah..

Till then, Assalamualaikum.