Salam..
Kalau dah namanya orang kelantan mesti la tekak pun selera kelantan dok. Rasanya baru je call ummi tempoh hari cakap nak belajar buat singgang bila balik Malaysia nanti. Pastu terjumpa la resipi singgang dari blog Kak Baini, salah seorang postgrad di Bradford jugak. Thanks Kak Baini for the recipe :)
Orang kelantan selalunya sinonim dengan makanan manis kan. Dulu rasanya saya tak berapa suka benda-benda manis tapi semenjak datang UK ni selalu teringin nak makan benda manis. Pernah sekali saya jadi Ketua Dapur untuk satu program ni dan satu hari tu saya masak nasi ayam, then ada la seorang akak ni cakap, rasa makanan je dah tau mesti tukang masaknya orang Kelantan. Sebab apa? Sebab sambal merah dan sambal kicapnya pun dah manis. Heheh.. Dah namanya pun orang Kelantan..
Kalau nak buat kek pulak saya selalu jenguk resipi dari BBC. Setakat ni resipinya selalu menjadi lah. Resipi mat-mat salleh ni selalunya simple aje. Pastu ada jugak kawan saya kongsikan tips kalau nak ambik resipi dari orang local kat sini, yang paling boleh percaya bila dorang cakap resipinya adalah resipi turun-temurun sejak dari zaman nenek moyang lagi. Yang tu confirm menjadi!
Tapi entri kali ni saya nak kongsi resipi singgang daging yang sudah sekian lama mengidam.
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (kat sini saya guna daging kambing)1 inchi lengkuas (diketuk -lebihkan pun takpe kalau suka)
2 sudu besar ketumbar (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 keping asam gelugur
2 biji lada kering (potong sesuka hati)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Rebuslah hingga daging empuk. Perasakan garam. Siap untuk dihidang bersama nasi panas. Lagi sedap kalau dimakan bersama budu + sambal tempoyak
Sekarang ni tengah study week. Biasanya kitorang berlima take turn untuk masak tapi memandangkan dah nak exam, dapur jarang sangat berasap. Maka undang-undang baru dikeluarkan which is, 'siapa malas dia lapar'. Haha.. Kalau masak nasik putih dengan telur goreng tu dah dikira tahap paling rajin pada saat ni. Kihkih
Assalamualaikum..
Assalamualaikum..

Thx...jp g nk cbe hihi ; )
ReplyDeleteJap agi nk beli daging....sdpnyo
ReplyDeleteTgh cari resepi nk masak daging korban ni..tq 4 sharing deh
ReplyDeleteLauk berbuka nanti..
ReplyDeleteTak letak lada hitam ye
ReplyDeletetq... sdp resipi ini
ReplyDeleteterbaikkk...ni baru btl2 resepi singgang dgg kelantan...hehehe
ReplyDeletePerghhh...sedap ni. My wife pun ex Bradford.
ReplyDeleteXperlu letak bawang ke...
ReplyDelete