Salam..
I had a short conversation with Ummi one morning before going to lectures.
Saya : Ummi yakin tak kalau kita jaga diri dengan baik, kita akan dapat bakal suami yang baik jugak?
Ummi : Yakin! *dengan confidentnye.
I don't know why this thing keeps worrying me these days. Perhaps, I'd been reading or listening too much nonsense things. You know, all those divorce and cheating thingy. Tiba-tiba rasa macam erk..takutnya nak kawin. Haha
Tapi kita sebagai orang Islam, mesti la kita yakin kan dengan perancangan Allah. Kalau kita tengok surah an-Nur, Allah cakap perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Bagi saya, kalau kita bina rumah tangga berasaskan ajaran Islam yang sebenar, in syaa Allah akan selamat. Sebab tulah Islam mengutamakan agama seseorang wanita itu berbanding kecantikan, keturunan dan hartanya.
Sepanjang saya kat UK banyak la jugak program-program rohaniah yang saya join. Everytime pergi program camni selalu rasa amaze tengok peserta-peserta semua, baik muslimin ataupun muslimat. Umur lebih kurang sebaya je tapi pemikiran dorang jauh ke depan. They had always come out with brilliant ideas. Dari segi pergaulan, percakapan, gerak kerja semuanya memang mantap.
Bila tengok dorang ni maka timbullah persoalan kat atas tu. Layak ke saya dapat pasangan yang baik? Hmm.. orang cakap semuanya kena bermula dari diri kita sendiri. Cuba kita audit diri masing-masing. Solat sentiasa awal waktu ke? Al-quran baca hari-hari tak? Berapa kuat kita berusaha menolak nafsu dan perasaan sendiri untuk menjaga diri dengan sebaiknya? Ikhtilat dengan mereka yang berlainan jantina macam mana? Kalau benda ni pun tak lepas tak usahlah bermimpi nak dapat pasangan yang baik.
Tapi harus jaga niat asal kita jugak. Janganlah sebab nakkan pasangan yang baik, maka kita berubah ke arah kebaikan. Sepatutnya apa-apa sahaja kebaikan yang kita buat haruslah niat semata-mata kerana Allah. Bila kita sandarkan niat pada manusia senang aje nak terhenti separuh jalan sebab bila manusia tu pergi dari hidup kita, hilanglah semua usaha kita tapi jika kita sandarkan niat semata-mata kerana Allah pasti kita akan terus istiqamah kerana Allah itu sifatNya kekal. Dia akan sentiasa ada.
Memang kita tak dapat nak jangka bila jodoh kita akan sampai dan siapa orangnya. Tapi buat masa sekarang kita mampu untuk buat persediaan. Contohnya, belajar menguruskan diri dengan baik. Sekarang hidup single boleh la nak biar kain baju tak berlipat, bilik tak kemas tapi takkan la dah kahwin nanti nak teruskan macam tu. Nampak macam remeh, tapi kalau dari sekecil-kecil perkara pun kita gagal nak uruskan, macam mana pulak dengan perkara yang lagi besar.
Awkward pulak rasanya nak cakap pasal ni. Hehe.. The conclusion is everything actually begins from us. We are responsible for our future so we need to pave our own way. Bagaimana kita pada masa hadapan adalah bagaimana kita berusaha untuk membentuk diri kita pada hari ini. :)
Assalamualaikum..
wahhh...bagusnya bnyak g program kerohanian :)
ReplyDeleteSalam yuni... Aunty doakan yuni akan mendapat jodoh yg baik2 dan yg soleh. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Insyaa Allah.
ReplyDelete