Salam..
Cukup cintai dia dalam diam
Bukan kerana membenci dirinya
Tetapi menjaga kesuciannya
Cukup cintainya dari kejauhan
Kerana hadirmu takkan mampu menjauhkannya dari ujian
Cukup cintainya dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambahkan penderitaan
Sekiranya di pengakhiran dia bukan milikmu
Maka cintailah dia dengan keikhlasan
Seperti kisah cinta suci saidatina Fatimah dan saidina Ali
Yang pada mulanya diingini oleh hati
Namun akhirnya Allah pertemukan jua
Cinta itu suci namun janganlah kita manusia mengotori cinta itu dengan nafsu semata-mata. Tekan butang pause di minda dan tanya hati, 'adakah aku sedang mengikut panduan wahyu atau panduan nafsu?'. Simpanlah cintamu untuk yg halal. Cinta adalah fitrah yg perlu dikawal oleh hati, raja bagi segala kerajaan setiap individu muslim. Jika cinta Allah yg kita letakkan sebagai prioriti, urusan cinta sesama manusia akan menjadi mudah kerana kita mencintai, menyayangi dan berbuat baik kepada manusia adalah semata-mata utk mendapatkan cinta Khalik, Pencipta manusia. Biarlah kita segagah Yusuf, seinsaf Zulaikha. Mana mungkin cinta suci bergaul dengan cinta penuh noda.
p/s: taken from various sources :)
No comments:
Post a Comment