"If I wait for perfection, I would never write a word" - Margaret Atwood

Sunday, 17 August 2014

**********

Salam..


Saya rindu untuk menulis tapi asyik tertangguh dek ketandusan idea. Mungkin juga kerana sifat malas yang menguasai diri. Pabila terlalu lama memanjakan diri di rumah, tiada semangat untuk membuat apa-apa. Hanya menanti waktu berlalu dan tup2 saya berada di UK. Heh. Menyampah dengan diri sendiri. Walau sedar waktu muda inilah yang sepatutnya dimanfaatkan untuk berbakti, mengenal dunia dan masyarakat tapi kadang kala datang bisikan halus, 'takpe, anak dara lebih baik duduk kat rumah bantu mak apa yang patut'. Walhal muslimat-muslimat lain sudah jauh terkehadapan. Sibuk memikirkan masalah umat. Sibuk memerah keringat melakukan aktiviti kemasyarakatan. Tapi saya? Masih lagi dalam dilema sama ada untuk keluar ataupun menghabiskan masa dengan keluarga.

Tapi akhir-akhir ini macam dah tak mampu nak menipu diri sendiri. Sifat 'Aku Tidak Pedulisme' itu sebenarnya yang menjadi punca utama. Bukan kerana dikongkong. Bukan kerana sibuk. Jauh sekali keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Tapi saya yang memilih untuk tidak melibatkan diri. Saya akui saya cemburu bila melihat mereka-mereka yang aktif bergerak baik di UK mahupun Malaysia. Dan saya sendiri tidak tahu mengapa saya seakan-akan hilang semangat sebaik saja berada di Malaysia.

Mungkin persekitaran yang mempengaruhi. Kalau di sana ramai yang menjadi tulang belakang. Kalau ditanya apa yang saya rindukan di UK. Jawapannya saya rindukan orang-orang di sana. Saya rindukan bulatan gembira kami. Jiwa terasa kosong sekarang. Hampir dua bulan tidak terisi dan mengisi. Saya pula tidak ada inisiatif untuk mencari dan akhirnya terperangkap dalam lubang yang digali oleh diri sendiri. Menyedihkan. Saya tidak suka bersusah-payah. Kononnya alang-alang bercuti haruslah dinikmati sepenuhnya. Tapi sekarang saya pula yang terbabas. Haish

3 comments:

  1. Hai awok �� bagus le ade blog mung ni sng nak nengok gambar lama ��

    ReplyDelete
  2. hai..sape ni? sape ni? haha..blog aku xdok bnyak gambar pung. nt ler aku upload bebanyak

    ReplyDelete
  3. Yuni post laduree takde ke haha. kemain hrtu amik gmbar dpn kedai

    ReplyDelete